ok, smbg yg aritu. mcm2 hal yg brlku kt aku dh. mane tukr kejenye. merayapnye (yg ni x leh nk pishkn.. mmg dh rutin. hehehe)
sekrg ni, penyakit x kenl umur dh. agk2 di nk "landing", din "landing " je. x kire r ko umr berapa. tua ke muda ke. kadang2 cm x caye pun ada. ye lah, semalam lok jek gi keje, mkn,minum. jap lg, pg ni dh x ley bngn. kesian kan. cm tu gak ler yg berlaku kt aku. 4 bulan 2 minggu aku "direhatkan" dr berkerja. bygkn le lama x lama dok umh. (tapi sempat tu gi janda baik, penang.perlis,shah alm, kl ... cm x caye kn aku sakit. hehehe). berblik pd skit aku td. aku bkn excdent, bukan patah tangan ke, patah kaki ke. cuma aku hilang sebahagian dr deria aku. belah knan bhgian badan aku x berfungsi lngsug. cam ne tu?? lu fikir lh sndri... heheheh..
tapi, alhamdulilah, sihat dah. walupun x spenuh nya. still on ubat2 (yg dh mcm sarapn dh. hehehe). hope mkin hari mkin elok r keadaan aku ni. mklum le. sjk baik skit ni, aku asyik nk mmbute jek. dh x de dh nk merayap2 cm dulo2 lg. risau gk aku. mak bpk aku lk x bg drive juh2. buhsan kn. tpi, untuk kebaikn kot.. hehehe
Tuesday, October 25, 2011
mcm2 hal....
Posted by yanz at 11:47 PM 0 comments
Wednesday, June 16, 2010
bile mkcik ku bersuara...
arini gnap 40 hari arwh mak uda mninggal.. tpi kenduri dh buat isnin lepas.. x salh pn kan... kiteorg ni kn org jawa.. so menu mlm tu nasi ambang.. sgt sedap. tpi tu r.. x ley mkn bnyk... hukhukhuk..
k. bkn pasl nsi ambang atau kenduri yg jd topik.. tpi makck aku.. pe kne ngn dia plk..
ceta dia cm ni
cik mon: "seng di kancane dea???" =mne stu kawan @ bf dia(merujuk kpd cousin ku)
aku :" kui seng garu2 kuping kui.." = tu yg garuk2 tlinga
cik mon: " po iyo" = pe iya
aku : lo.. wes dea seng takon" = ler.. dh dia yg cakap..
cik mon : melase.... = kesiannyer
aku : smbil tgk cik " npe kesian plk??" (trus tkr bhse)
cik: ye lah.. orgnyer cm tu...
aku : ala cik.. nk wt cm ne.. jnji dia ske..
cik mon: "ye lah.. org ade keta.. spe pn suke..."(mrjuk kpd cousin ku yg berkereta.)
aku : eh cik.. kite pn ade keta. tpi x de org nak pn...!!"
cik mon : ko tu MEMILIH...!!"
aku : gulp..!!! trus sentap.. apakah???
ye ke aku ni mmlih?? ske2 dia jek ckp aku ni mmlih kan.. nk marah mkcik.. hehehe...
ala. yg btolnyer.. jodoh tu lom sampai.. tu jek.. mndai jek makcik aku tu.. ank dia pn x lps lg.. lg tua dr kite tau.. ngehngehngeh...
cik...cik...
moral of d stry: jgn ngumpat kt umah org kenduri... huahuahua...
Posted by yanz at 11:51 PM 1 comments
Sunday, June 6, 2010
mryap dr pagi hingga ke pagi.. huhuhuh..
salam.. huhuuh hri yg agak penat.. pg td kuar igt nk g cri sbun cuci pngan.., jp g ley lak merayap2, sdhnyer kul 1 bru bsuh pinggan (keji ek peel..) dsbbkn x dpt g selangor ats sbb2 teknikal, maka dgn geram hati igt nk g mndi kt gnung lumut. ujan ler plks.. sdhnyer, kul 4 kuar. g DCM tgk choc fair.. choc malaysia yg agak ok gak r tuk dipasarkan(apollo x de ok.. hahaha). ade r gak mmborong koket ni
blik dr DCM dh mgrib, jp g, mber ajk p tgk mber yg bru ps bslin. layankn. kul 8 libey gerak.. ups.., lpe plk kul 12.30 nk g tgk wyng hehehe.. tgk citer Lagenda Budak Setan @LBS. so. kne r cargas. blik umah, slin bju, smpt lg tgk cerekarama tu hahahah.. bise2 jek cite LBS ni. x de r sidey mne ( yg org dok ckp sdih2 tu ) ps abis tgk wyng g mengeteh plk kt benafe. smpi umh dh kul 4 pg.. gagagaga.. ni r nmenye jln dr pg smpi ke pg.. huhuuh.. sy agk penat.. tpi sye hepi..!!!
Posted by yanz at 5:22 AM 2 comments
Friday, June 4, 2010
mari kite bjo buat kek cawan @ cup cake.
gigel2 gak r tgn nk deco.. men tibai jek wt bntuk pe. jni nmpk cm cup cke.. hehe
prcubaan prtama yg agk mmbrngsangkan.. hehehe.. cumel & comot cm saye.. heheh
sukses2..!!!
Posted by yanz at 6:59 AM 2 comments
Thursday, June 3, 2010
cnfm aku perempuan.. ngehngehngeh...
dilahirkan dgn jantina sebagai bayi perempuan 28 thun yg llu..
gemar mmkai bju "gown" mse kanak2...
sllu gak men pondok2 & masak2 di zaman sekolah rendah
msuk skolh mngah, ade skit perubahan..
org ckp ade skit ganas
klu gaduh, x hengat. laki ke pompan ke, smua kne rembat
mber plk rmai lelaki.
suke clor itam & coklat
ble tgk brg2 pompan ( cm scrf, getah rmbut yg cute2. bnde2 clor pink) kompom ley muntah
bkn ngade2.. tpi mmg x ske..
suke ckp "x nk r pki cm tu, cm pompan .."<-- bkn perempuan kh kamo???
sesuatu kah itu??
tpi..., lately "trsuka plk ngn sesuatu yg ade kne mngne ngn "perempuan"
dh mle ske clor pink <-- ade bju clor pink dh beb.. huhuhu
dh pndai pkai baju ala2 perempuan<-- sblm ni, men tibai t/shrt jek
& mlm td, layout blog ini tlh ditukar.
sile lh lihat hasilnye.
munge & bckgrnd clor pink peach<-- so gugurl..
hahah.. yes.. kompom.. aku perempuan...
motip??????? layankn sjek.. huahuahua
Posted by yanz at 8:49 PM 0 comments
aku x ley tdo..!!!
lme dh x bkk blog ni.. tbe2 trigt plk yg aku "pernah ade" blog. hahahaha (hine x hine r stmnt aku ni ek..)org ade blog, haku pn nk ade blog. tpi, dorg tu rajin.. aku?? hampresto.. blik kje, tlong skit2 kt umah, tus tido.. bgtulah rutin seharian.. tpi, yg menghairankn aku.. npe aku x ley tdo mln ni.. golek sana x kne. golek sni x kne. dok trkbil2 plk mata nih. dh kul 2 tu. sllu aku ni jnis tdo awl dh skrg. bnyk sgt pkir ke? serabut sgt ke?? bnyk mkn ke?? nth r.. tpi lately mmg ade sdkit jiwe kaco r (klu korg perasan.., aku akn hapdate blog ni bile jiwe kaco). biase r tu. selagi hdup ni, mne de manusia yg x de prob. manusia yg x de prob u adlh mnusia yg sgt2 ber mslah.
tpi tu r kan. sbgai manusia,smua tu trpulang cm ne kite nk slesaikn mslh kite tu. yg penting selesaikn mslah. jgn skli2 lari dr mslah. stiap mslah psti ade jln penyelesaian. lari dr mslh bukan satu jalan penyelesaian. yg pnting, jgn skli2 cri mslah. ckuplah mslah yg dtng tnpa diundang..
Posted by yanz at 10:52 AM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
10 Perkara Mesti Buat Bila Kecewa
10 Perkara Mesti Buat Bila Kecewa
Hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana rasa kecewa yang dialami semasa bercinta adalah sesuatu yang normal.
Malah semua manusia di dalam dunia ini kebanyakannya pernah merasai kekecewaan akibat cinta. Apa yang membezakan di antara diri anda dan orang lain ialah cara anda mengatasi dan mengubat kedukaan tersebut.
Di sini disenaraikan 10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.
1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.
2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.
Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Apatah lagi jika anda seorang lelaki.
3. Mengadu pada teman
Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.
Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.
4. Menulis diari atau blog peribadi
Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.
Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.
5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.
6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.
Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.
7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.
Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.
8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.
Mungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.
9. Buat penampilan baru
Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang anda alami memberikan kebaikan kepada diri anda. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.
Jadi jangan lepaskan peluang kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan anda pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih anda.
10. Cari Pengganti
Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera!
Posted by yanz at 12:00 AM 0 comments
